Tentang DRÄXLMAIER

Dengan rekabentuk dalaman yang eksklusif, DRÄXLMAIER mencipta karakter tersendiri dalam rekabentuk dalaman sebuah kereta: Pakar-pakar kami mencipta rekabentuk dalaman yang mewah untuk mencapai piawaian yang sangat  tinggi. DRÄXLMAIER juga memastikan keselesaan pemandu dengan sistem pendawaian elektrik yang kompleks mengikut spesifikasi pelanggan.

 

Kepakaran utama kami

Dengan gabungan kepakaran utama iaitu rekabentuk dalaman, elektrikal, elektronik dan e-mobiliti menjadikan DRÄXLMAIER kelihatan unik dalam seluruh industri. DRÄXLMAIER memberi sokongan untuk setiap projek daripada idea awal sehingga ke setiap penyampaian. Ini adalah falsafah kami yang memerlukan penguasaan proses keseluruhan rantaian proses daripada permulaan konsep kepada proses pembangunan dan pengeluaran. Kami menyatukan rekabentuk, konsep, proses simulasi termoden dan alatan rekabentuk, proses pembangunan, pengeluaran, teknologi pemeriksaan dan pengujian sehingga kepada penyerahan produk – semuanya dibawah satu bumbung.

Berdikari

Sebagai sebuah syarikat yang diuruskan pemilik sendiri, DRÄXLMAIER telah berdikari sejak awal permulaan lagi. Ini boleh dilihat melalui keseluruhan syarikat. Kami memberikan pekerja kami kebebasan yang mereka perlukan untuk membangunkan setiap idea baru dan mengubah mereka menjadi produk inovatif. 

Innovasi

Sebagai pelabur pendawaian elektrik yang mengikut spesifik pelanggan, kami bukan hanya membangunkan sistem pendawaian elektrik yang canggih, kami juga mengeluarkan sehingga 1031 varian dengan sempurna. Teknologi berorientasikan masa hadapan bagi sistem pemanduan konvensional dan alternatif, dan juga komponen elektrikal dan elektronik juga dihasilkan secara dalaman. Dengan cara ini kami menyokong mobiliti elektrikal generasi akan datang – dari sistem pendawaian voltan tinggi kepada sistem penyimpanan tenaga moden. DRÄXLMAIER menyediaan kereta terpantas, paling mewah dan paling inovasi di dunia dengan ciri-ciri yang tersendiri.

Tumpuan kepada pelanggan

Sebagai pembekal operasi global, DRÄXLMAIER menggaji pekerja kira-kira 75,000 orang serata 20 buah negara dengan rangkaian pengeluaran yang mempunyai tapak berhampiran dengan pengeluar-pengeluar kenderaan. Dengan cara ini, kami memastikan setiap produk sampai ke tempat pelanggan dengan fungsi diuji dengan baik, menepati masa dan mengikut turutan. Ini juga membuktikan mengapa kami dipilih sebagai rakan kongsi terbaik kepada pengeluar kereta selama beberapa dekad.

Share