Kumpulan DRÄXLMAIER adalah rakan niaga yang berinovasi tinggi dan boleh dipercayai untuk industri automotif premium. Dengan kepakaran kami, kami memberikan kereta  terpantas, paling mewah dan paling inovatif di dunia mengikut ciri ciri Individu.

DRÄXLMAIER memproses setiap projek sebuah kenderaan dari hanya secebis idea sehingga ke tangan pelanggan. Ini adalah falsafah kami yang memerlukan kawalan sempurna untuk keseluruhan proses. Ia merangkumi dari mula rekabentuk, teknologi simulasi dan pembinaan prototaip yang tercanggih, pembuatan kami terdiri dari alatan yang digunakan di seluruh dunia, proses pembuatan dan pengilangan jentera khas, sehingga penghantaran kereta. Hasilnya DRÄXLMAIER membangunkan keseluruhan proses dalaman, dari idea pertama sehinggalah kepada pembangunan dan pengeluaran – termasuk kaedah-kaedah ujian yang moden dan canggih.

 

Audi

Audi

AG AUDI telah menjadi pelanggan Kumpulan DRÄXLMAIER sejak tahun 1971 dan adalah salah satu daripada jenama premium yang terkemuka di dunia. Ia mengggunakan teknologi canggih dalam rekabentuk ‘sporty’.

BMW

BMW

Kumpulan BMW telah menjadi pelanggan Kumpulan DRÄXLMAIER sejak tahun 1966. Sejak itu, BMW telah berkembang menjadi salah satu pengeluar kereta premium yang terkemuka di seluruh dunia.

Jaguar

Jaguar

Jaguar telah berjaya menjadi pelanggan Kumpulan DRÄXLMAIER pada tahun 2004. Kemahiran yang tinggi dan kejuruteraan dan reka bentuk yang menggoda memainkan peranan utama dalam jenama ini.

Land Rover

Land Rover

Land Rover telah menjadi pelanggan DRÄXLMAIER sejak tahun 2004. Kenderaan dibawah jenama ini boleh mengendalikan hampir mana-mana bentuk muka bumi. Mereka menyatukan reka bentuk yang serba boleh, berprestasi dan praktikal.

Maserati

Maserati

Maserati ialah pengeluar kereta dan pelanggan Kumpulan DRÄXLMAIER sejak 2013. Jenama ini kekal kepada nilai-nilainya walaupun selepas 100 tahun kewujudannya iaitu prestasi memandu yang cemerlang , kualiti eksklusif dan reka bentuk yang elegan.

Mercedes-Benz

Mercedes-Benz

Pada tahun 1982, kami berjaya memenangi hati pengeluar automobil yang tertua di dunia, iaitu Daimler AG. Sebati dengan tradisi kemewahan Mercedes-Benz  ialah moden, elegan.

MINI

MINI

Sesuai dengan jenama: dikeluarkan oleh Kumpulan BMW, MINI adalah contoh kereta kompak tercanggih. Rekabentuknya yang “sporty” dikagumi oleh pelanggan MINI di seluruh dunia.

Porsche

Porsche

Porsche menyertai DRÄXLMAIER sebagai pelanggan pada tahun 2004. Jenama yang dikenali sebagai pengeluar kereta lumba tercanggih dunia membuktikan bahawa kereta ditrek boleh diguna sebagai kereta seharian.

Volkswagen

Volkswagen

Volkswagen AG, telah menjadi pelanggan Kumpulan DRÄXLMAIER sejak tahun 1971. Jenama ini menyediakan mobiliti yang inovatif kepada ramai orang di seluruh dunia.

Share