Kumpulan DRÄXLMAIER ini merupakan pembekal automotif antarabangsa dengan lebih dari 60 cawangan di seluruh dunia. Beroperasi di Malaysia sejak tahun 2001, syarikat milik keluarga yang membuat rekabentuk dalaman, pendawaian, sistem elektrik dan komponen plastik bagi automotif premium.

Kedudukan yang berdekatan dengan pelanggan adalah penting untuk DRÄXLMAIER sebab itu lokasi kami terletak berhampiran dengan kawasan pengeluar automotif. Dengan cara ini, kami menjamin bahawa setiap produk sampai ke pelanggan telah diuji sempurna, tepat pada masanya dan benar-benar dalam turutan. Inilah juga sebabnya kami telah menjadi antara pembekal automotif yang berada di kedudukan 100 teratas selama bertahun-tahun. 

Laman Kami

Share