
Sistem Elektrik
Sistem saraf pusat
sebuah kenderaan
Sistem Elektrik
Pengalaman
dan kepintaran
Sebagai pereka harnes dawai khusus pelanggan, produk elektrik DRÄXLMAIER telah membentuk seni bina sistem elektrik dalam bidang automotif selama lebih 60 tahun.
Dengan kecekapan keseluruhan kami dalam bidang elektrik dan elektronik, kami mampu mereka bentuk sistem dawai elektrik secara optimum. Konsep sistem tersebut dipatuhi secara konsisten dengan sesentuh dan komponen elektrik yang mempertingkat prestasi harnes dawai.
Pengagihan
Harnes
dawai
Pakar kerumitan: Dengan sebanyak 1031 varian, keunikan dititikberatkan dalam harnes dawai khusus pelanggan. Pengeluaran dan penghantaran kepada pelanggan dilakukan sesempat masa dan menurut urutan.

Pengagihan
Bar berbilang
aras
Berbilang bakat: Digunakan dalam struktur tulang belakang, bar berbilang aras menawarkan keserasian elektromagnet yang optimum disebabkan oleh kesan pemusnahan medan. Sebagai perkembangan lanjut sistem elektrik klasik, ia juga merupakan penyelesaian bagi keperluan masa depan berkenaan kefungsian dan keselamatan. Keunggulan juga diserlahkan dengan alur keluar dawai yang fleksibel serta reka bentuk yang ringan dan padat.

Pengagihan
Sistem
Data
Berfungsi, selamat dan berangkaian: Rangkaian jejaring tertutup dalam kenderaan dan dengan persekitaran kini menjadi semakin penting. Penyelesaian frekuensi tinggi dan Ethernet daripada DRÄXLMAIER ini bercirikan pemindahan data yang selamat dan kadar data yang tinggi untuk sistem automotif masa kini dan masa depan.

Perlindungan
Kotak
fius utama
Keselamatan dan perlindungan untuk sistem elektrik voltan rendah: Kotak fius utama membekalkan kuasa kepada kelengkapan elektrik dari kedudukan pusat dengan keupayaan yang diperlukan untuk setiap satu. Ia akan mensuis, mengagih dan melindungi dawai yang dipasang secara tetap – dengan cara fleksibel menggunakan pelbagai saiz dan peruntukan fius.

Perlindungan
Kit modul fungsi
dFuseSmart 48V
Betul-betul selamat: Dengan menggunakan kit modul fungsi dFuseSmart 48V yang ringan lagi padat, sistem elektrik 48 volt boleh dilindungi dengan pasti dan secara efisien daripada pengarkaan elektrik dan gangguan elektrik lain.

Penyentuhan
Sesentuh
lamela dLAM
Daripada kecil hingga besar: Sesentuh lamela DRÄXLMAIER yang dilindungi paten ini ialah sebuah sistem sentuhan boleh skala untuk arus tinggi, rintangan sentuhan rendah dan ruang pemasangan yang kecil. Dengan lamela fleksibel tidak bersandar, ia menyentuh rangka pendulu atau rel kuasa dengan kebolehpercayaan maksimum.

Penyentuhan
Terminal
Berprestasi Tinggi dHPT
Sambungan pasti selamat: Sebagai sesentuh berkuasa tinggi dilindungi paten untuk semua tahap voltan, terminal berprestasi tinggi DRÄXLMAIER ini memenuhi semua keperluan keselamatan berkenaan getaran dan perubahan suhu. Keluarga palam dHPT boleh dipercayai dan ringan; ia juga mempunyai daya sisipan yang rendah dan daya tekan sentuhan yang tinggi.

Penyentuhan
Penyambung kimpalan
geseran
Stabil dan efisien untuk jangka masa panjang: Dengan pendekatan tatacara yang dilindungi paten dalam bidang penyentuhan dawai aluminium, Kumpulan DRÄXLMAIER menawarkan alternatif yang menarik kepada proses pencantuman konvensional. Teknologi kimpalan geseran yang dilindungi paten ini bercirikan penyambung rintangan rendah berbahan positif, serta proses pembuatan yang efisien.

Sistem Elektrik
Fakta dan perkara
yang perlu diketahui