Ahli profesional muda

Sertai
misi kami

Sorotan Kami

Kami memupuk bakat

Pengurusan Prestasi dan Bakat:  Bersama kami, anda akan mencapai matlamat profesional anda. Untuk melakukan ini, kami akan berbincang setiap tahun tentang hal yang ingin dicapai oleh anda dalam perjalanan kerjaya anda.

Kemudian, kami menawarkan anda laluan kerjaya pakar, pengurusan atau pemimpin projek.

Sorotan Kami

Pembangunan peribadi

Melalui giliran kerja, latihan semasa bekerja, iringan semasa bekerja dan latihan dalam akademi perniagaan syarikat kami, anda akan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran baharu. Penilaian keperluan peribadi, geran dan cuti khas membolehkan anda membina kemahiran individu anda.

Sorotan Kami

Bekerja secara antarabangsa

Kami bekerjasama merentasi negara dan benua selaku satu pasukan besar. Kursus latihan antara budaya, seminar penyediaan untuk tugasan dan lawatan perniagaan luar negara, atau kursus bahasa kami akan memastikan anda bersedia sebaik-baiknya.

Ini adalah DRÄXLMAIER

Faedah

Orientasi

Diintegrasi dengan baik dari permulaan: Orientasi kami menyediakan anda untuk kemasukan yang selesa. Mentor: Semasa tempoh latihan anda, seorang rakan kerja akan membantu anda menyesuaikan diri dalam pekerjaan baharu anda.

Syarat yang menarik

Pakej gaji kami menawarkan struktur gaji yang menarik, termasuk cuti khas untuk peristiwa istimewa dalam hidup anda.

Keseimbangan Kehidupan Bekerja

Waktu kerja :Kami tahu yang anda perlukan waktu untuk bersama dengan keluarga anda. Keluarga adalah salah satu aspek yang dipentingkan dan kami menganjurkan hari keluarga bersama rakan sekerja untuk mengeratkan hubungan keluarga DEM

Kekal sihat

Giat bersukan: Sebagai contoh, dengan hari kesedaran kesihatan, program kecergasan, kursus berlari dan berjalan. . Penjagaan kesihatan:

Orientasi

Sertai
kami!

Proses
orientasi

Mulakan hari
pertama anda bersama kami
Anda akan mengenali pasukan anda dan mendapat tanggapan pertama anda. "Rakan orientasi" anda akan menjawab semua soalan anda berkenaan kehidupan bekerja harian bersama kami.
Selepas dua minggu
Orientasi berterusan
Anda memulakan rancangan orientasi peribadi anda dan mula menyertai kursus latihan dan orientasi, serta mesyuarat bersama rakan kerja anda.
Selepas empat minggu
Maklum balas awal
Anda akan menyertai mesyuarat maklum balas pertama anda bersama penyelia anda dan membincangkan status orientasi anda. Jika diperlukan, anda berdua akan bersetuju atas perubahan dan penyelarasan.
Selepas tiga minggu
Penilaian
Anda akan menjalani semakan interim orientasi anda bersama penyelia anda. Anda akan berjumpa dengan wakil HR anda dan melaporkan pengalaman anda.
Selepas enam minggu
Betul-betul bermula
Tahniah! Anda telah menyelesaikan perjalanan orientasi dan boleh meneruskan perjalanan anda di DRÄXLMAIER!

Permulaan anda di DRÄXLMAIER

Yakin?
Mohon sekarang

Proses permohonan

Daftar dan mohon
Temui pekerjaan yang anda minat?
Daftar di portal permohonan dan muat naik semua dokumen yang berkaitan. Anda juga boleh memohon untuk beberapa jawatan atau menghantar permohonan tanpa diminta melalui portal.
Hantar permohonan
Kami akan maklumkan kepada
Anda akan dimaklumkan apabila permohonan anda diterima. Pemprosesan permohonan anda mungkin mengambil masa beberapa hari. Jika terdapat apa-apa pertanyaan pada waktu tersebut, sila hubungi kami. Kami akan menghubungi anda sebaik sahaja kami menerima berita tentang permohonan anda.
Temu duga telefon
Mengenali anda
Jika kami minat dengan permohonan anda, kami lazimnya akan menjemput anda untuk menyertai temu duga telefon. Dalam temu duga tersebut, kami ingin mengenali anda dan kemahiran anda, serta menerangkan jawatan terbuka berkenaan kepada anda. Jika kami tidak berminat pada permohonan anda, anda akan menerima surat penolakan.
Temu duga bersemuka
Peluang anda
Jika anda menarik perhatian kami dalam temu duga telefon, kami akan menjemput anda untuk temu duga bersemuka. Dalam temu duga tersebut, keutamaan kami adalah untuk menilai kemahiran insani anda dan kami akan menjelaskan sebarang persoalan tentang syarat pekerjaan berkenaan.
Keputusan akhir
Anda akan diberi maklum bala
Selepas temu duga bersemuka anda, kami akan mengambil masa beberapa hari untuk membuat keputusan. Kemudian, anda akan menerima maklum balas yang kukuh berkenaan temu duga tersebut melalui telefon. Jika kami memutuskan untuk mengambil anda dan anda bersetuju untuk bekerja dengan kami, anda akan menerima kontrak kerja anda.

Anugerah

Kami antara yang terbaik
the best

Kumpulan DRÄXLMAIER merupakan salah satu majikan terbaik di seluruh industri. Kami sentiasa menerima anugerah seperti Anugerah Majikan Terbaik daripada Deutschland Automotive. Hal tersebut mengiktiraf orientasi pekerja kami yang tinggi dan mengiktiraf keghairahan kami terhadap bidang seperti integrasi pekerja baharu, model waktu kerja yang fleksibel atau tawaran untuk pekerja dan peluang pembangunan lanjutan.